27 July 2010

MISI JELAJAH SUNGAI BERNAM - 25 JULAI 2010


Tiba dilokasi sungai bernam pada jam 10.00 pagi, airnya begitu tenang dan jernih sedikit kerana tidak berlaku hujan dalam beberapa hari yang lalu. Dalam perjalanan ke lokasi kami telah bertembung dgn beberapa orang penduduk kampung yang sedang memancing disini, dari info yang diperolehi, pada dua hari lepas seorang penduduk kampung disini telah berjaya menaikan ikan kelah bersaiz lebih kurang 2 kilo.

Pancing telah dilabuhkan, hanya takdir menentukan ragutan umpan sawit yang dipasangkan pada mata kail.


Pak Din, sedang melakukan casting dan berharap ada ikan yang akan menyambar spoonnya.


Sedang leka melakukan casting, salah satu joran yang berumpankan sawit telah diragut ikan.
........ Aksi Pak Din mendaratkan ikannya.

........... Ikan Kaloi.
.......... Ikan Teruboi.

............... Ikan Rong / Lelan.

Misi ditamatkan pada jam 1.00 tengahari.

21 July 2010

PETUA UNTUK KAKI PANCING

Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.


Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.



Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.


Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.


Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.



Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.


Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.


Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.


Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.


Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.


Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.


Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

15 June 2010

MISI PANCING UDANG GALAH - SG TG KARANG SELANGOR 13 JUN 2010



Misi bermula pada jam 8.30 pagi..
Leka sedang memerhatikan gelagat sekumpulan monyet yang sedang bermain di dahan pokok...

Udang Galah yang terdapat di sungai ini...

Kelihatan air sungai semakin surut ....
12.30 tgh ... Ketika ini udang semakin galak menjamah umpan pumpun...
7.00 petang .. misi di tamatkan, jumlah keseluruhan yang di perolehi..
- udang galah ... 40 ekor (kurang memuaskan kerana jadual air sedang pasang penuh)
- ikan baung .... 7 ekor
- ikan duri ... 5 ekor
- ikan mayung .. 6 ekor
- ikan temakung .. 4 ekor

18 May 2010

TRIP KELONG BATU UNDAN LUMUT PERAK 15-16 MAY 2010

Tiba di jeti Pengkalan Kampung Baru, Lumut ....

Perjalanan menuju ke kelong, mengambil masa 10 minit .... perlu menyusuri bawah jambatan Tuanku Bainun.

Pak li dengan alatan pancingnya .....

View Jambatan Tuanku Bainun ........ kiri

View Jambatan Tuanku Bainun ........ kanan

Tempat penginapan ..... Kelong Batu Undan.

Luaran kelong ...

Penerangan dari Cikgu Kamarul (empunya kelong-baju hitam) , kat mana port yang baik.....

Hadapan pintu masuk ke bilik ........

Peralatan yang terdapat di dalam bilik penginapan ...

tempat pancing .........

Kelihatan Pak Li tengah setting Jorannya..

Tengah menanti ikan ragut umpan .... kat depan tu port ikan alu-alu (barakuda)..

Azizi & mat, tengah keluarkan umpun-umpun .....

Amboi-amboi..., pinggan jadi tempat letak umpun-umpun.... pinggan kertas je tu...

Umpan udang hidup ..... 3 kotak..

Ikan Kerapu Singa (Lepu).. hampir 30 ekor ..
Ikan Tetanda .....


Ikan Daun Baru .....

Ikan Merah Suman ...


Ikan Kerapu ....





Ikan Kekacang .....


Ikan Tetanda .... (bila besar ikan jenahak).. 2 kali terlepas ikan siakap...
Ikan Ketuka ....

Ikan Tetanda ...

Ikan Bulan .... teruja sampai tak tahu joran mana satu yang diragut ikan ni..

Ikan ketuka .... sengat tak buang lagi tu..

Sebahagian daripada hasil pancing .........

Ikan jenahak, tetanda, bulan dan lain-lain ...

Di tujukan kepada salah seorang ahli kelab yg tidak dapat joint ...


Pak li tengah timbang hasil pancingnya... terlepas ikan alu-alu rapala putus tali ...

Permandangan Jambatan Tuanku Bainun dari kelong ...


Lokasi:Batu Undan (Bersebelahan Jambatan Tuanku Bainun berhadapan UNIKL)
Kapasiti: 6 Orang Max
Sewa:RM30/seorang untuk 1 hari
Kemudahan Asas: Dapur Gas dan bilik air
Pengangkutan pergi balik disediakan. Sila minta Jaket Keselamatan sekiranya perlu.

Hubungi En Kamarul/Pn Lina @ 0172445422/0192115422 untuk tempahan/pertanyaan.