27 July 2010

MISI JELAJAH SUNGAI BERNAM - 25 JULAI 2010


Tiba dilokasi sungai bernam pada jam 10.00 pagi, airnya begitu tenang dan jernih sedikit kerana tidak berlaku hujan dalam beberapa hari yang lalu. Dalam perjalanan ke lokasi kami telah bertembung dgn beberapa orang penduduk kampung yang sedang memancing disini, dari info yang diperolehi, pada dua hari lepas seorang penduduk kampung disini telah berjaya menaikan ikan kelah bersaiz lebih kurang 2 kilo.

Pancing telah dilabuhkan, hanya takdir menentukan ragutan umpan sawit yang dipasangkan pada mata kail.


Pak Din, sedang melakukan casting dan berharap ada ikan yang akan menyambar spoonnya.


Sedang leka melakukan casting, salah satu joran yang berumpankan sawit telah diragut ikan.
........ Aksi Pak Din mendaratkan ikannya.

........... Ikan Kaloi.
.......... Ikan Teruboi.

............... Ikan Rong / Lelan.

Misi ditamatkan pada jam 1.00 tengahari.

1 comment: